Pages

Saturday, October 30, 2010

One Piece


Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.
One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.
Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line, pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun terkuat kelak.
Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.
Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau. Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu yang paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.




Watak utama

Monkey D. Luffy
Kumpulan Lanun Topi Jerami:
  • Monkey D. Luffy (kapten kapal)
  • Roronoa Zoro (pemedang)
  • Usopp (penembak tepat)
  • Sanji (tukang masak)
  • Nami (jurumudi pelayaran)
  • Tony Tony Chopper (Doktor)
  • Nico Robin (ahli arkeologi)
  • Franky (pembaiki kapal)
  • Brook (ahli muzik dan pemedang)

Watak lain

  • Monkey D. Dragon (ayah Luffy),watak terkuat dalam sejarah One Piece,merupakan ketua Revolutionary
  • Portgas D. Ace (abang Luffy),mati dibunuh oleh Akainu
  • Monkey D. Garp (datuk Luffy) yg menewaskan Gol Roger
  • Gol D. Roger (bekas Raja Lanun)
  • Morgan si Tangan Kapak
  • Buggy si Badut (kawan Shanks, juga anak buah Gold Roger pada masa dulu)
  • Arlong (ketua Lanun Ikan)
  • Commodore Smoker dan Tashigi
  • Yonkou (4 Maharaja) iaitu Shanks, Whitebeard, Kaidou dan Hancock
  • Shichibukai (7 dewa laut)Mihawk,Jimbei,Crocodile(diganti oleh Blackbeard),Boa Hancock,Gecko Moria,Doruflamingo,Kuma
  • Angkatan Laut Tertinggi-Fleet Admiral-Sengoku si Budhha
    • Jeneral Armada Tentera Laut, Sengoku diikuti 3 Admiral iaitu Aokiji (Camar Biru), Kizaru (Monyet Kuning) dan Akainu (Anjing Merah).
5 Elder Star ( watak jahat terkuat dalam One Piece)

No comments:

Post a Comment