Pages

Saturday, October 30, 2010

biodata~Kurosaki Ichigo

Ichigo ialah remaja pesimistik berusia 15 tahun dan selalu menonjolkan imej yang tidak berapa normal; keningnya sering dikedutkan dan suka tersenyum sinis. Tetapi, dia sebenarnya lebih baik hati dan bijak daripada sangkaan orang ramai. Ichigo mempunyai rambut jingga semula jadi dan hal ini membangkitkan kemarahan pelajar-pelajar senior yang suka bergaduh dengannya. Ichigo mendakwa bahawa dia tidak kisah tentang pandangan orang lain (berkenaan rambutnya atau subjek-subjek lain) malah seronok berlawan dengan kaki-kaki buli di sekolahnya. Ichigo biasanya akan berganding bahu dengan Sado Yasutora semasa menentang mereka.
Ichigo suka akan coklat dan makanan pedas. Artis kesukaannya ialah Al Pacino dan Mike Ness dan dia paling mangagumi William Shakespeare. Dia menyenangi wanita yang tidak berpakaian senonoh atau langsung tidak berbaju.
Ichigo merupakan seorang murid yang berpotensi; dia mendapat kedudukan 18 daripada 322 di sekolahnya. Hal ini mengerikan Asano Keigo (dia takut bahawa Ichigo akan bertukar kepada si ulat buku) tetapi Ichigo mengatakan bahawa dia mengulang kaji secara konsisten dan tidak mengabaikan latihan sekolahnya kerana dia tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat di rumah. Banyak orang mempunyai syak wasangka dan prejudis terhadap Ichigo kerana keanehan warna rambutnya (walaupun warna semula jadi) menyebabkan Ichigo berusaha untuk mengubah persepsi mereka.
Namanya, apabila diasingkan kepada ichi (一) dan go (五) akan membawa maksud 1 dan 5 atau 15. Mungkin oleh sebab ini, angka 15 telah muncul beberapa kali dalam siri ini. Perkataan ichigo (イチゴ) sebenarnya bermakna "strawberi" dalam Bahasa Jepun dan selalunya diberikan kepada anak perempuan; pengawal pintu Jidanbō menyindir Ichigo kerana perkara ini tetapi Ichigo mengatakan bahawa namanya dieja sebagai ichi iaitu "tempat pertama" dan go daripada "malaikat pelindung". Ayah Ichigo pernah memberitahunya bahawa nama Ichigo bermaksud "dia yang melindungi".
Apabila kuasa semangat Ichigo dibebaskan, beberapa watak turut memanifestasi kuasa semangat sendiri. Hal ini kerana Ichigo menghasilkan terlalu banyak kuasa semangat yang tidak mampu ditakung dalam badannya menyebabkan kuasa tersebut selalu melimpah keluar. Pendedahan konsisten kepada kuasa semangat Ichigo menyebabkan beberapa orang rakan sekelasnya memperoleh kuasa istimewa.




Kurosaki Ichigo
Watak Bleach
KurosakiIchigo.jpg
Ichigo dalam pakaian shinigami, bersenjatakan zangetsu.
CiptaanTite Kubo
Suara olehMasakazu Morita (Bahasa Jepun)
Yuki Matsuoka (Bahasa Jepun, kanak-kanak)
Johnny Yong Bosch (Bahasa Inggeris)
Mona Marshall (Bahasa Inggeris, kanak-kanak)
Profil
Umur15 (permulaan siri), 16 (sekarang)
JantinaLelaki
SpesiesManusia, shinigami, vizard
Tarikh lahir15 Julai
PekerjaanPelajar sekolah menengah, shinigami pengganti
Saudara mara terkenalKurosaki Isshin (bapa)
Kurosaki Masaki (ibu, meninggal dunia)
Kurosaki Yuzu (adik perempuan)
Kurosaki Karin (adik perempuan)
ZanpakutōZangetsu

Bleach

 
Pada permulaan siri, Ichigo melihat dan berhadapan dengan Kuchiki Rukia, seorang shinigami yang memasuki biliknya semasa memburu hollow. Demi melindungi Ichigo daripada serangan hollow, Rukia cedera parah dan terpaksa memindahkan kuasa shinigaminya kepada Ichigo yang terdesak untuk menyelamatkan keluarganya. Semasa pemindahan ini, Ichigo telah menyerap kesemua kuasa Rukia (Rukia hanya ingin menyalurkan separuh daripada kuasanya kepada Ichigo). Dengan memiliki kedua-dua kuasa shinigami dan semangat dalaman yang tinggi, Ichigo berjaya menewaskan hollow tersebut dengan mudah.
Keesokan harinya, Ichigo mendapati Rukia di dalam bilik darjahnya sebagai rakan sekelas. Hairannya, Rukia kelihatan seperti manusia biasa memandangkan pelajar lain boleh melihatnya. Rukia memaklumkan bahawa dia sedang menggunakan gigai - sejenis tubuh tiruan yang digunakan oleh shinigami apabila mereka terpaksa tinggal di dunia manusia selama beberapa waktu. Sebelum kuasa semangat Rukia pulih, dia memaksa Ichigo untuk mengambil alih tugasnya sebagai shinigami dan menentang hollow serta menjalankan upacara pengebumian roh bagi pihaknya. Pada masa ini, Ichigo hanya boleh bertukar kepada bentuk shinigami apabila Rukia menggunakan sejenis sarung tangan khas untuk "menumbuk" bahagian roh shinigami Ichigo. Beberapa lama kemudian, proses ini boleh dilakukan dengan menelan pil roh modifikasi, Kon.
Tugas baharu Ichigo sedikit-sebanyak melibatkan kedua-dua dunia manusia dan dunia makhluk halus. Apabila hollow Grand Fisher yang berjaya melarikan diri daripada shinigami selama 50 tahun lebih pulang semula ke alam nyata untuk makan roh adik-adik Ichigo, dia menyedari bahawa ibunya dibunuh oleh Grand Fisher dan mahu membalas dendam. Rukia cuba menghalang Ichigo daripada berlawan dengan hollow tersebut kerana tahapnya lebih tinggi. Tetapi, Ichigo mengarahkan Rukia untuk membawa Yuzu, Karin dan Kon pulang ke rumah. Rukia diingatkan kembali oleh peristiwa pertarungan terakhir Shiba Kaien sebagai pertarungan untuk mempertahankan maruah. Ichigo berjaya mencederakan Grand Fisher tetapi hollow tersebut dapat melarikan diri. Dia cuba mengikuti hollow tersebut tetapi kemudiannya tidak menyedarkan diri akibat keletihan.
Dalam satu pertarungan dengan seorang Quincy, Ishida Uryū, sekumpulan besar hollow, termasuklah satu Menos Grande muncul di dunia manusia dan dikalahkan oleh Ichigo dan Ishida. Chad dan Orihime juga berjaya membangunkan kuasa masing-masing lalu mengalahkan hollow yang berada di hadapan mereka. Kejayaan Ichigo mengalahkan Menos menarik perhatian Soul Society dan mencetuskan permulaan episod yang baru.




Bleach
Kulit hadapan manga Bleach keluaran versi Jepun, jilid pertama.
ブリーチ (Burīchi)
GenreShōnen, Misteri
Manga
PengarangTite Kubo
PenerbitBendera Jepun Shueisha
TV anime
PengarahNoriyuki Abe
StudioStudio Pierrot
PenyiaranBendera Jepun TV Tokyo
Malaysia TV3





































watak utama
Kurosaki Ichigo
  • Kuchiki Rukia
  • Inoue Orihime
  • Sado "Chad" Yasutora
  • Urahara Kisuke
  • Ishida Uryū
  • Abarai Renji
  • Hitsugaya Tōshirō
  • Kuchiki Byakuya
  • Zaraki Kenpachi
  • Madarame Ikkaku

biodata~Franky (pembaiki kapal)

Franky (フランキー Furankī?), juga digelar "Cyborg" Franky ("サイボーグ"フランキー "Saibōgu" Furankī?), atau nama asalnya Cutty Flam (カティ・フラム Kati Furamu?) adalah ahli ketujuh yang menyertai Kumpulan Lanun Bertopi Jerami sebagai tukang kapal dalam manga dan anime One Piece.
Beliau sebenarnya salah seorang yang dianggap sebagai tukang kapal berlegenda kerana pernah menjadi perantis serimala kapal manusia ikan bernama Tom. Sebelum menyertai kumpulan bertopi jerami Franky menjadi ketua untuk 'Ahli Keluarga Franky' yang terdiri dari kalangan samseng dari pulau Water Seven. Setelah tamat peperangan di Enies Lobby, Franky menjadi ahli rasmi menyertai kumpulan bertopi jerami setelah dipaksa dengan pujukan.




Franky
Go to fullsize image
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga Buku #35-Bab #329
Anime Episod #233
Profil
Umur34
JantinaLelaki
SpesiesManusia
Tarikh lahir9 Mac
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, serimala kapal)
Ganjaran44,000,000 bery

biodata~Nico Robin (ahli arkeologi)

Nico Robin (ニコロビン, Niko Robin?) adalah watak rekaan dalam siri manga dan anime One Piece diciptakan oleh Eiichiro Oda. Dia adalah anggota dan merupakan ahli arkeologi kepada Straw Hat Pirates.




Nico Robin
Go to fullsize image
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga bab #114
Anime episod #67
CiptaanEiichiro Oda
Suara olehJepun
Yuriko Yamaguchi (ep. 67-298, 320+)
Yuko Kobayashi (ep. 299-319)
Anzu Nagai (sebagai budak)
Inggeris
(4Kids)
Veronica Taylor
(FUNimation)Stephanie Young
Natasha Malinsky (Singapura, Odex)
Profil
Nama gelaranDemon Child
Nama samaranMiss All Sunday
Ms. Sunday dalam alih suara 4Kids
Umur28
JantinaPerempuan
SpesiesManusia
Tarikh lahir6 Februari
PekerjaanLanun (Lanun Straw Hat, Ahli arkeologi)
Saudara mara terkenalNico Olvia (ibu, telah meninggal), Roji (Makcik, telah meninggal)
Ganjaran80,000,000 Bery
Buah Syaitan
NamaHana Hana no Mi (Jepun)
Hana Hana Fruit (alih suara Inggeris)
Flower Flower Fruit (manga Inggeris)
JenisParamecia
KuasaMemberi pengguna kuasa untuk "menumbuhkan" mana-mana bahagian badan pengguna di mana-mana permukaan berhampiran.

biodata~Tony Tony Chopper (doktor)

Tony Tony Chopper (トニートニー・チョッパー Tonī Tonī Choppā?) merupakan watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan ahli kelima dan doktor Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Tony Tony Chopper merupakan ahli yang pertama dari kalangan haiwan yang dijemput menyertai Luffy setelah mereka menjejakkan kaki ke laut Grand Line. Chopper berasal dari spesis rusa kutub tetapi memiliki kelainan kerana lahir dengan hidung berwarna biru. Dia memakai seluar pendek dengan topi merah dan seringkali menggalas beg sandang yang diisi dengan buku perubatan, kelengkapan kecemasan dah ubat ubatan.
Chopper berasal dari kerajaan Drum di sebuah pulau yang dituruni salji sepanjang masa. Warna hidungnya yang berlainan menyebabkan dia dipulaukan oleh kumpulan rusa sejenisnya. Setelah memakan buah syaitan jenis manusia, dia mula memiliki ciri-ciri manusia, berjalan dengan 2 kaki dan bertutur bahasa manusia, namun perubahannya tidak lengkap sepenuh. Walaupun tanduknya telah hilang, dia masih lagi dilitupi bulu rusa dan hidung birunya masih kekal kelihatan menjadikan rupanya ganjil dan disalah anggap makhluk raksasa yang menakutan walaupun hakikatnya dia sangat peramah. Dia seringkali menjadi buruan manusia yang takutkan rupanya.
Chopper melalui kisah silam yang agak menyayat hati, setelah disisihkan dari kaum sejenisnya, dia mula menghampiri kelompok manusia dengan penampilan manusianya yang tidak sempurna, akibatnya dia telah diburu oleh mereka, dalam pelarian dia telah mengalami kecederaan yang serius daripadan kesan tembakan, semenjak itu dia mula tidak mempercayai sesiapa.




Tony Tony Chopper
Go to fullsize image
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga Bab #134
Anime Episod #81
CiptaanEiichiro Oda
Profil
Nama gelaranPenggemar gula-gula kapas
Umur15
JantinaJantan/lelaki
SpesiesRusa kutub
Tarikh lahir24 Disember
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Doktor)
Saudara mara terkenalDr Hirluk (bapa angkat)
Ganjaran50 Beli
Buah Syaitan
NamaHito Hito no Mi
JenisZoan
KuasaMenukar bentuk kepada manusia serta mendapat kecerdasan manusia.

One Piece


Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.
One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.
Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line, pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun terkuat kelak.
Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.
Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau. Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu yang paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.




Watak utama

Monkey D. Luffy
Kumpulan Lanun Topi Jerami:
  • Monkey D. Luffy (kapten kapal)
  • Roronoa Zoro (pemedang)
  • Usopp (penembak tepat)
  • Sanji (tukang masak)
  • Nami (jurumudi pelayaran)
  • Tony Tony Chopper (Doktor)
  • Nico Robin (ahli arkeologi)
  • Franky (pembaiki kapal)
  • Brook (ahli muzik dan pemedang)

Watak lain

  • Monkey D. Dragon (ayah Luffy),watak terkuat dalam sejarah One Piece,merupakan ketua Revolutionary
  • Portgas D. Ace (abang Luffy),mati dibunuh oleh Akainu
  • Monkey D. Garp (datuk Luffy) yg menewaskan Gol Roger
  • Gol D. Roger (bekas Raja Lanun)
  • Morgan si Tangan Kapak
  • Buggy si Badut (kawan Shanks, juga anak buah Gold Roger pada masa dulu)
  • Arlong (ketua Lanun Ikan)
  • Commodore Smoker dan Tashigi
  • Yonkou (4 Maharaja) iaitu Shanks, Whitebeard, Kaidou dan Hancock
  • Shichibukai (7 dewa laut)Mihawk,Jimbei,Crocodile(diganti oleh Blackbeard),Boa Hancock,Gecko Moria,Doruflamingo,Kuma
  • Angkatan Laut Tertinggi-Fleet Admiral-Sengoku si Budhha
    • Jeneral Armada Tentera Laut, Sengoku diikuti 3 Admiral iaitu Aokiji (Camar Biru), Kizaru (Monyet Kuning) dan Akainu (Anjing Merah).
5 Elder Star ( watak jahat terkuat dalam One Piece)

Friday, October 29, 2010

biodata~Sanji (tukang masak)

Sanji (サンジ?) merupakan salah seorang watak dalam kisah manga dan anime One Piece. Dia merupakan anak kapal ke-4 yang menyertai Monkey D. Luffy, berperanan sebagai tukang masak dalam Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Sanji berambut pendek berwarna perang keemasan dengan rambut hadapan yang panjang menutupi sebelah matanya dan mempunyai sedikit janggut yang agak nipis. Apa yang unik pada wajahnya ialah hujung keningnya yang panjang telah membentuk lingkaran memusar seperti ubat nyamuk, namun ini tidak menjejaskan ketampanan wajahnya.
Sanji seringkali kelihatan memakai sut berwarna hitam dengan kemeja berbelang menegak berwarna biru di dalam, dan merokok sepanjang masa, sesuatu yang agak ironik pada ciri seorang tukang masak yang sememangnya mementingkan deria rasa.
Sanji bertempur menggunakan kaki kerana dia sangat menghargai tangannya yang digunakan hanya untuk memasak. Setiap tendangannya memiliki nama yang unik dan kebanyakkannya diambil dari nama nama masakan. Sanji mempunyai ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba, salah satu serangan terkuatnya menjadikan sebelah kakinya merah membara dengan kepanasan yang tinggi setelah bergeser dengan udara pada kelajuan tinggi.
Secara nyata Sanji paling menghargai 2 perkara iaitu makanan dan perempuan, sebagai tukang masak dia sanggup menyediakan makanan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya tidak kira pada mereka yang baik ataupun jahat. Dia melayan sesiapa yang lapar sebagai mereka yang perlu diberi perhatian sepenuh. Sanji juga mempunyai perasaan yang istimewa terhadap perempuan, dia berpegang pada falsafah untuk tidak akan sesekali mencederakan perempuan tidak kira kawan ataupun lawan, salah satu perkara yang membuatkan kemarahannya memuncak ialah apabila melihat perempuan dicederakan.
Sanji mempunyai impian untuk mencari All Blue




Sanji
Go to fullsize image
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga Bab #43
Anime Episod #20
CiptaanEiichiro Oda
Profil
Nama gelaranSanji si Kaki Hitam
Umur19
JantinaLelaki
SpesiesManusia
Tarikh lahir2 Mac
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Tukang masak)
Ganjaran77,000,000 Bery

biodata~roronoa Zoro (pemedang)

Roronoa Zoro (ロロノア・ゾロ?) (dipanggil Zoro) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan teman Monkey D. Luffy yang pertama menyertai Kumpulan Lanun Topi Jerami selepas satu insiden di sebuah pulau setelah Luffy menyelamatkannya dari tentera laut yang berada di bawah pimpinan kapten Morgan bertangan kapak yang kejam.
Zoro bertarung menggunakan seni tiga pedang (Santōryū), 2 di tangan dan satu dikepit pada mulut. Dia seorang pemedang yang berani mati dan tidak teragak agak untuk menghadapi lawan yang lebih kuat daripadanya. Setiap serangannya memiliki nama unik yang mempunyai satu sebutan dengan 2 makna, yang mana kebanyakkannya diambil dari jenis-jenis makanan orang Jepun seperti Onigiri dan Sushi.
Pada masa lapang dia suka berlatih kekuatan badan dengan besi berat yang agak keterlaluan, namun kebanyakkan dari waktunya dihabiskan dengan tidur sepanjang hari.



Roronoa Zoro
Go to fullsize image
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga Buku #1-Bab #2 (bayang)
Anime Episod #1
CiptaanEiichiro Oda
Profil
Umur19
JantinaLelaki
SpesiesManusia
Tarikh lahir11 November
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, malim satu)
Ganjaran120,000,000 bery

biodata~Nami (jurumudi pelayaran)

Nami (ナミ?) merupakan satu watak rekaan dalam manga dan anime One Piece.
Nami merupakan jurumudi kapal kepada Kumpulan Lanun Topi Jerami, merupakan seorang anak gadis cantik berambut oren yang seringkali kelihatan berbangga dengan kecantikannya. Pada awal siri, dia merupakan seorang pencuri yang suka mencuri harta rampasan lanun lanun yang lain. Dia telah bekerjasama dengan Luffy untuk berdepan dengan Lanun Buggy sebelum mencuri hartanya. Walaupun dianggap sebagai anak kapal kedua yang menyertai Luffy, dia hanya bersetuju secara rasmi menjadi anak kapal Luffy setelah penyertaan Usopp dan Sanji, setelah kampungnya diselamatkan.
Nami berasal dari sebuah kampung yang dikuasai oleh kumpulan lanun manusia ikan yang diketuai oleh manusia jerung bernama Arlong. Oleh kerana bakatnya melakar peta, Nami telah dilantik menjadi salah seorang dari ahli lanun Arlong dan dipaksa untuk melukis peta laut kawasan tersebut untuk memudahkan mereka menguasai perairan sekitarnya. Nami telah membuat perjanjian dengan Arlong untuk memberikannya 100,000,000 beli seandainya dia mahu menebus kampungnya dari Arlong. Dia telah mengumpulkan wang semenjak itu untuk tujuan pembebasan kampungnya sehinggalah dia menyedari yang Arlong telah menipunya. Setelah ketibaan Luffy dan teman temannya, kumpulan lanun Arlong telah berjaya ditumpaskan dan kampung Nami telah bebas.
Selain melukis peta, Nami merupakan jurumudi yang luar biasa, dia dapat meramal dengan tepat perubahan arus lautan, suhu persekitaran dan perubahan angin, dia juga memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perubahan cuaca. Nami bertempur menggunakan tongkat panjang yang boleh dipisah kepada 3 kerat, kekuatan tongkatnya dipertingkatkan setelah Usopp mencipta "clima tact" untuknya. Dengan Clima Tact, Nami dapat mencipta persekitaran dengan cuaca yang dikehendakinya seperti angin kencang, awan hujan dan awan kilat.
Nami mementingkan 2 perkara dalam hidupnya, Pokok Limau dari ladang peninggalan ibu angkatnya dan juga duit. Nami mempunyai impian untuk melukis peta dunia.



Nami
Go to fullsize image
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga Bab #8
Anime Episod #1
CiptaanEiichiro Oda
Profil
Nama gelaranSi pencuri
Umur18
JantinaPerempuan
SpesiesManusia
Tarikh lahir3 Julai
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Jurumudi)
Saudara mara terkenalBelle-Mère (ibu angkat)
Nojiko (kakak angkat)
Ganjaran16,000,000 Bery

biodata~Usopp (penembak tepat)

Usopp (ウソップ Usoppu?) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan seorang ahli tembak dan anak kapal ketiga yang menyertai Monkey D. Luffy sebagai ahli Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Usopp memiliki sepasang mata yang bulat penuh, berambut kerinting hampir separas bahu dan batang hidung yang memanjang kehadapan.Ia menjadi tanda pengecamannya yang paling ketara dalam banyak keadaan. Seringkali kelihatan memakai bandana dengan sepasang cermin mata unik yang boleh dilaraskan. Dia membawa beg galas yang menyimpan segala macam peralatan untuk kegunaannya di sepanjang pengembaraan.
Usopp berasal dari sebuah kampung kecil yang aman damai di laut timur. Ayah Usopp merupakan seorang lanun yang hebat, anak kapal kepada Shanks berambut merah. Dia dan ibunya telah ditinggalkan oleh ayahnya untuk menyertai angkatan lanun. Usopp bagaimanapun sangat berbangga dengan kerjaya ayahnya dan bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya suatu masa nanti.
Usopp seorang yang licik, seringkali menggunakan tipu helah untuk mengenakan musuhnya, dia juga merupakan penempur jarak jauh yang hebat, kebolehannya dalam menganggar jarak menjadikan apa apa sahaja yang menjadi sasarannya sesuatu yang mustahil dielakkan. Dalam satu insiden, dia telah melepaskan serangan dan mengenai sasarannya dengan tepat walaupun berada di suatu kawasan yang jauh yang mana peluru tembakan juga tidak mampu untuk sampai. Usopp menggunakan hampir apa sahaja sebagai senjata, dia selalunya menggunakan lastik sebagai senjata kegemarannya, peluru lastiknya terdiri daripada seringkas ringkas telur busuk hinggalah bom aneka jenis yang sangat berbahaya. Antara kebolehan lain usopp termasuklah merekacipta pelbagai peralatan rumit untuk pelbagai tujuan.
Usopp mempunyai impian untuk menjadi pahlawan gagah berani di laut sepertimana ayahnya Yasopp





Usopp
Watak One Piece
Kemunculan pertamaManga Bab #23
Anime Episod #8
CiptaanEiichiro Oda
Profil
Nama samaran"Raja Penembak Tepat" Sogeking
Umur17
JantinaLelaki
SpesiesManusia
Tarikh lahir1 April
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Ahli penembak)
Saudara mara terkenalYasopp (bapa)
Banchina (ibu, telah meninggal)
Ganjaran30,000,000 Bery (sebagai Sogeking)

biodata~Monkey D. Luffy (kapten)

Monkey D. Luffy (モンキー・D・ルフィ?) merupakan protagonis utama di dalam anime dan manga One Piece. Luffy merupakan kapten bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latarbelakangnya begitu unik di mana abangnya Ace merupakan komander kedua armada lanun White Beard, datuknya, Garp merupakan vice admiral untuk tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gol D Roger di laut. Bapanya Dragon merupakan pencetus revolusi yang menentang kerajaan sedunia.
Luffy secara kebetulan telah memakan buah syaitan Gomu Gomu (Getah) yang membolehkan badannya meregang dan memanjang seperti getah. Dengan sifat getah ini Luffy juga adalah kebal daripada kejutan arus elektrik disebabkan getah adalah penebat elektrik semulajadi. Sebarang bentuk serangan fizikal tidak berkesan terhadap luffy, peluru tembakan juga tidak memberi sebarang kesan pada tubuhnya, namun dia tidak terelak dari dicederakan oleh sebaranb benda tajam dan impak yang kuat seperti letupan bom. Secara komikal serangan yang "mesra" juga mampu mencederakannya seperti pukulan dari Nami dan tumbukan "kasih sayang" dari datuknya. Keupayaan Luffy meningkat melalui latihan intensif yang telah dilaluinya semenjak kecil dan terus meningkat dengan melalui pertempuran dengan lanun lanun berkuasa di sepanjang pengembaraannya sebagai lanun topi jerami.
Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan kawannya.
Luffy amat menggagumi Red Hair Shanks sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terkuat.
Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.




Monkey D. Luffy
Watak One Piece
Luffyonepiece3.jpg
Monkey D. Luffy
Kemunculan pertamaManga Buku #1-Bab #1
Anime Episod #1
CiptaanEiichiro Oda
Profil
Nama gelaran"Luffy Topi Jerami"
"Sauh" (Shanks dan Don Krieg)
"Budak Getah" (sendiri)
Umur17
JantinaLelaki
SpesiesManusia
Tarikh lahir5 Mei
PekerjaanLanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Kapten)
Saudara mara terkenalMonkey D. Garp (Datuk) Monkey D. Dragon (Bapa) Portgas D. Ace (Abang)
Ganjaran300,000,000 Bery
Buah syaitan
Nama"Gomu Gomu no Mi" (Jepun)
JenisParamecia
KuasaBadan pengguna memiliki ciri ciri regangan getah yang sangat fleksibel. Ini membolehkan pengguna meregangkan anggota badan atau melipat badan tanpa rasa sakit. Impak dari objek tumpul tidak memberi sebarang kesan pada bahagian yang dihentam. Pengguna juga kebal daripada kejutan arus elektrik kerana sifat getah sebagai penebat semulajadi arus elektrik.